jam 9.45 pagi , bersama suami ke sekolah rendah sungai ular, untuk menandatangai buku rekod anak. bermula dengan kelas Ahmad Farhan. kulihat nama Ahmad yang teratas sekali dalam kelas (dalam hati..memang ini yang kuharapkan..kalau boleh bukan setakat no 1 dalam senarai nama sahaja..malah, no 1 bagi yang lain2 juga...dapat no 1 dalam kelas ker...)
tak sangka bila tengok buku rekod dier. kedudukan dalam kelas 2/31.Alhamdulillah syukur.
walaupun cuma 3A2B...aku rasa bersyukur. terima kasih pada cikgu2 yang bertungkus lumus...
sesungguhnya jasa kalian memang amat besar.
tiba masanya ke kelas 2 Dahlia. bila tengok buku rekod tu..rasa macam semacam jer. hati oh hati...walau apa pun keputusan kakak aku terima...dengan kedudukan dalam kelas 27/35...aku masih merasa lega la..at least takde ler last sekali. cuma gred agak turun 2B 1C 2
D. aku kena sedikit lebih usaha untuk fatin....especially math.....