Sunday, April 29, 2012

Test drive


28 April 2012, ajak abang g Proton Kulim, nak test drive. Tunggu jugak, akhirnya dapat la aku test drive. Tapi tu la tak berapa berani sangat sebab, auto.Kepala lutut ni menggigil...dalam hati ni takut nak bawak keta besar...InsyaAllah, memang dalam perancangan nak beli keta besar..semoga Allah permudahkan urusa..aminnn

Jusco terbakar

Jumaat, 27 April 2012..Lebih kurang jam 4 petang, kalau tak silap, family and i sampai di Jusco Perda. lepas ke kaunter perkhidmatan atas urusan renew member kad (siap ambil 3 tahun ), terus masuk Jusco bahagain kanak2.Dlam on the way tu terdengar siren....ada yang panik, aku rileks lagi, sampai la aku tengok ramai yang berlari keluar, apa lagi , aku pun bawak anak2 keluar. Naik kereta, nak g tempat lain, rupa2nya Jusco terbakar..Dalam hati ingatkan earthquake.....kelakar....

Sunday, April 22, 2012

Rindu seorang anak


"Hello abah, Jannah nak balik dengan abah, Jannah nak duduk dengan abah.Bila abah nak mai sini?".Astagfirullahal a'zim,tersentuh hati kecilku. Rindunya Jannah pada abah."Jannnah, nanti abah mai sini". pujukku. "Tak mau, Jannah nak abah". Pujukku ternyata tak menjadi. Letih dah memikirkan 'peel' anakku yang sorang ni.  Jannah terus masuk ke bilik dan memasukkan tudung ke dalam plastik. "ummi, mana baju, Jannah? Jannah nak bubuh dalam beg , nak p rumah abah". Em, getus hatiku. Selama ni, ok jer, kenapa semenjak dua menjak ni kau teringat pulak pada abahmu.Anak oh anak. Sedih hati ni. Sabar ye nak.