ahmad....dapat no 3....lari 4x100
Kehidupan ini seumpama Bunga, maka Cinta adalah Madunya Hidup ini bukanlah suatu Jalan yang Datar dan ditaburi Bunga, Melainkan adakalanya disirami Air Mata dan juga Darah. Prof Hamka
Tuesday, July 31, 2012
Sunday, July 8, 2012
ada orang order
Macam tak caya jer ada orang suka dengan bluebrry cheesecake aku.Kelakar jugak..aku ni siap tidur tak lena takut tak jadi..alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Nak letak harga berapa yer? kawan kasi rm50.Alhamdulillah......gambarnya nanti aku upload..
Wednesday, July 4, 2012
kursus EDM die sinking
Alhamdulillah selesai sudah kursus Die sinking. Nak kata pandai tu, takde lah..sikit2 tu boleh la , Alhamdulillah.. segala ilmu datang dari Allah..
Sunday, July 1, 2012
Tip kesihatan
Pagi ni, aku cuba memakai girdle yang aku beli kat avon (dah tak ingat berapa lama ntah aku beli). tapi tak muat. Something wrong somewhere. Berat badan naik. Em, terfikir cara yang terbaik. Apa yer?
kat bawah ni ada sedikit maklumat yang aku jumpa. Clik di sini

Tuesday, June 26, 2012
Batuk
Batuk merupakan satu simptom penyakit yang agak merunsingkan. Sebenarnya ia agak menggangu tugasan harian, tambah-tambah kalau masuk meeting, kursus atau sebagainya. Takkan nak kuar masuk bilik meeting semata2 batuk. Orang lain confirm akan terganggu.
So, bagi mengatasi masalah tersebut dah berbotol-botol ubat-batuk dah aku telan, tapi belum diizinkan Allah. So, ni tengah mencari petua2 yang baru, mana nak tau....jika diizinkan...
petua hilang batuk
So, bagi mengatasi masalah tersebut dah berbotol-botol ubat-batuk dah aku telan, tapi belum diizinkan Allah. So, ni tengah mencari petua2 yang baru, mana nak tau....jika diizinkan...petua hilang batuk
Sunday, June 10, 2012
Kena saman Pada my birthday
Hahahaha macam tak percaya jer, yerlah..jarang kena saman sebab aku bukan jenis wak keta laju-laju, dari keck pun aku takut dengan polis (padahal dalam famili aku pun ada anggota polis). Tapi ni kes yang sedikit berbeza, kena saman dekat tempat yang tak sepatutnya aku parking. Kalau lah (word ni tak sepaptutnya exist, sebab Kalau ni digunakan usually merujuk kepada perkara yang dah lepas. am i right?).Tapi tulah ..dah nak terkena jugak, yang bestnya dihari ulang tahun kelahiran ku yang ke 35 ..pasti aku akan ingat moment ni.Tapi tak bayar2 lagi nih..Dalam 2 weeks ni, i have to pay rm100.Bagi aku kuantiti yang agak banyak jugak. Dalam seratus tu boleh buat macam2 ye tak?..apa2 pun just cool down and relax because apa jua yang berlaku ada hikmahnya.
Alahamdulillah, 13 jun 2012 aku dah pergi bayar saman. Siap tanya boleh bagi kurang tak? he he he sambil sengih macam kerang busuk. "tak boleh". Takperlah..memang aku tahu tak boleh pun..saja gatai mulut nak mintak. Mahu tak mahu sua la jugak rm100. Dalam hati , padan dengan muka aku..huhuhu....
Sayangi Anak Kita
Pagi ni merupakan pagi yang agak tak best...aku kurang berjaya menahan amarahku. Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu ini. Anak, maafkan umi ya...Kau memang permata yang terlalu berharga dalam hidup umi...tanpa kalian siapalah umi...
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan terbuat dari api. Dan api itu hanya bisa dipadamkan oleh air. Oleh karena itu, jika seorang di antara kamu marah maka berwudhuklah. "
(Riwayat Abu Daud).
SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya. Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.
Pertama, pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama. "Ini kerana ada ketika anak ingin sampaikan atau ceritakan sesuatu tanpa kehadiran adik-beradik lain," katanya. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, berkata jangan hanya sedar kesilapan apabila anak-anak bermasalah. "Ketika itu keadaan sukar untuk dikawal dan pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian serta persepsi negatif. "Sebelum nasi menjadi bubur berikan masa yang cukup untuk bersama dengan anak-anak. "Ambil tahu perkembangan mereka, persekolahan, kawan-kawan, hobi dan segalanya berkaitan kehidupan mereka," katanya.
Kedua, korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. "Namun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting mendidik anak-anak menjadi dewasa," katanya. Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.
Ketiga, korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. "Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. "Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh. "Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak," katanya.
Keempat, korban keseronokan kita demi keseronokan anak dan kerana setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. "Justeru, kita perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah. "Jika kita tiada kebolehan, cukup dengan sokongan moral kerana anak-anak memerlukan kehadiran ibu bapa dalam perkara yang mereka lakukan," katanya. Katanya, anak-anak mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu puji apabila perlu dan bantu setakat yang terdaya.
Kelima, korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. "Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan esok hari," katanya.
Jadilah ibu bapa yang prihatin akan keperluan mereka serta membuktikan betapa anak-anak yang dulunya lemah dan sederhana pencapaiannya meningkat secara mendadak prestasi pelajaran selepas ibubapa faham akan tangungjawab sebagai mentor kepada mereka dirumah, semoga kita dapat lahirkan anak yang cemerlang dari segi pendidikan dan kerohaniah.
- Artikel iluvislam.com
"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan terbuat dari api. Dan api itu hanya bisa dipadamkan oleh air. Oleh karena itu, jika seorang di antara kamu marah maka berwudhuklah. "
(Riwayat Abu Daud).
SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya. Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.
Pertama, pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama. "Ini kerana ada ketika anak ingin sampaikan atau ceritakan sesuatu tanpa kehadiran adik-beradik lain," katanya. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, berkata jangan hanya sedar kesilapan apabila anak-anak bermasalah. "Ketika itu keadaan sukar untuk dikawal dan pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian serta persepsi negatif. "Sebelum nasi menjadi bubur berikan masa yang cukup untuk bersama dengan anak-anak. "Ambil tahu perkembangan mereka, persekolahan, kawan-kawan, hobi dan segalanya berkaitan kehidupan mereka," katanya.
Kedua, korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. "Namun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting mendidik anak-anak menjadi dewasa," katanya. Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.
Ketiga, korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. "Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. "Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh. "Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak," katanya.
Kelima, korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. "Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan esok hari," katanya.
Jadilah ibu bapa yang prihatin akan keperluan mereka serta membuktikan betapa anak-anak yang dulunya lemah dan sederhana pencapaiannya meningkat secara mendadak prestasi pelajaran selepas ibubapa faham akan tangungjawab sebagai mentor kepada mereka dirumah, semoga kita dapat lahirkan anak yang cemerlang dari segi pendidikan dan kerohaniah.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis
Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad Merupakan seorang motivator terkenal. Temui beliau di Konvensyen Super Parents yang akan diadakan pada 26 dan 27 Mei 2012 ini bertempat di Picc,Putrajaya Beliau berkongsi karya di http://www.tengkuasmadi.com ..
Subscribe to:
Posts (Atom)