Monday, December 19, 2011

Cuti-cuti dis 2011











Bermula 13 Dis , kami bertolak ke Shah Alam, masuk I-city. Malamnya bermalam di Bandar Tasik Puteri, Rawang (umah abang ipar). Keesokannya kami bertolak ke KL Sentral.Parking kereta kat situ, dan ambik LRT ke KLCC.
Di KLCC kami masuk Aquaria, tengok ikan jerung.Kemudian lepak jap kat Taman KLCC.
Kemudian kami singgah di MUzium Negara sebelum bertolak balik ke Kelantan.
Dalam perjalanan balik, rasa nak singgah di Genting.
Tidur di Seri Malaysia semalam, dan esoknya ke Genting Tema Park.
Kat bawah ni gambar2 nyer...

Wednesday, November 16, 2011

Terimalah Anak Seadanya

Tak lama lagi keputusan UPSR akan diumumkan. Yang paling risau menanti keputusan tersebut selain pelajar adalah guru dan ibu bapa. Saya berada di tempat seorang guru Sains tahun enam memang berdebar-debar menanti keputusan tersebut. Akan tetapi sewajarnya seorang ibu atau guru perlulah menerima setiap anak atau pelajar seadanya. Saya ingin kongsikan petikan daripada penulisan seorang tokoh motivasi, Dr Tengku Asmadi dalam buku Teknik Memotivasi Anak Cara Positif. Penulisannya mampu menmbangkitkan jiwa seorang ibu menjadi positif insyaAllah.

Walau apa sekali pun keadaan dan pencapaian anak kita, terimalah mereka seadanya. Usah sama sekali membezakan ataupun membanding-bandingkan mereka. Usah mengungkit apa yang telah kita lakukan kepada mereka. Tetapi kita sebagai ibu bapa perlu memberikan nasihat, menyatakan harapan, mendorong dan bercakap secara positif dengan mereka.

Ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip akauntabiliti yang tinggi. Ia bermaksud bertanggungjawab sepenuhnya pada apa jua hasil dan tingkah laku anak-anak. Tidak menyalahkan orang lain sebaliknya menyalahkan diri sendiri dan menerima segalanya dengan hati terbuka. Ada ketikanya, masalah anak-anak itu sebagai ujian bagi kita. Ada kalanya bagi meningkatkan darjat kita di sisi Tuhan. Ada kalanya pula sebagai kifarah terhadap dosa-dosa lampau kita. Oleh itu, ibu bapa perlu berlapang dada dan percaya, matahari tetap muncul kembali esok hari selepas melalui malam yang panjang.

Jika anak itu dilahirkan cacat, dia tetap anak kita. Jika anak itu lemah dalam pelajaran, dia tetap anak kita sendiri. Darah daging kita. Terimalah seadanya anak itu dan lakukan apa sahaja supaya menjadikan dia anak yang hebat mengikut potensi dan kapasiti yang ada padanya.

Oleh itu, yang penting adalah memberi harapan kepada mereka. Memberi cahaya dan nafas baru dalam meneruskan kehidupan penuh liku. Itulah yang mereka mahukan daripada kita sebagai ibu bapa. Anak-anak mahu kita tidak berputus asa dengan mereka.

Wallahua’lam.

Artikel Berkaitan:

Ibu Bapa Turun Padang, Bukan Melepaskan Batuk Di Tangga
Tips Mendidik Anak Cemerlang (1)
Siapa Mendidik Anak Anda?
Panduan Memilih Tadika Untuk Anak
Menangani Perasaan Negatif Anak

Tuesday, November 15, 2011

Kasarnya Tapak Tangan Ibu

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

- Artikel iluvislam.com

Friday, November 11, 2011

aurat wanita

Peringatan bagi kaum hawa


“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. (al-Ahzab:59)

Doa Hari Ini

Doa ketika menghadapi sakit teruk

"Ya Allah, hidupkan lah aku seandainya hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baik bagiku".

Doa Penawar

" Dengan nama Allah inilah tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami. semoga disembuhkan pesakit kami dengan izin Tuhan kami".

Thursday, November 10, 2011

kurban 2011

Hari raya kurban pada tahun ni jatuh pada 6 november 2011. Alhamdulillah beraya di kampung bersama keluarga. Keluar berhari raya dengan Kak Suraiya ke umah besan mak (mak maksu Farah). So cute baby farah. then ke Ayer Itam untuk menziarahi tuk abang ipar (SUYuti Ismail).

rindu pada Ayyad dan Jannah

Rindunya umi pada Ayyad ....tak tau nak cakap.harap ayyad pun rasa macam tu jugak. Tak sangka abang nak bawak balik adik ayyad ke kampung.
Tu lah bila dah takde ..rasa rindu..bila ada, lain jadinya....cian adik kan....apalah umi ni.teruk betui...

Tuesday, November 1, 2011

Bajai syurga rumah tangga


“Selamat pengantin baru Semoga kekal sampai ke anak cucu.” Inilah antara kata-kata ucapan yang sering menjadi pilihan setiap kali mengunjungi majlis perkahwinan rakan ataupun saudara mara. Namun, tidak semua perkahwinan kekal selamanya. Banyak yang kecundang di pertengahan. Mengapa?

Kepada yang belum pernah melaluinya, perkahwinan dianggap sebagai syurga. Segala-galanya manis dan indah belaka. Sama seperti ketika sedang hangat bercinta dahulu. Namun, hakikatnya banyak ranjau yang terpaksa ditempuhi setelah sah bergelar suami ataupun isteri. Orang sering berkata cinta itu buta. Tapi sebenarnya, perkahwinan benar-benar membuka mata. Memang masa bercinta dahulu, semua keburukan pasangan anda tidak nampak. Tup,tup lepas sahaja berkahwin, terbukalah segala pekung di dada. Kelemahan dan keburukan terbongkar. Tapi, apa nak dikata, ikatan sudah termeterai. Teruskanlah sahaja dengan seribu tekad di dada, memperbaiki kelemahan diri agar mahligai yang dibina tidak kecundang di tengah jalan.

Dalam zaman yang serba moden ini, perkahwinan juga sudah moden. Berkahwin dan kemudian bercerai sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang. Bahkan ada yang berbangga dengan pencapaian mereka. Mampu kahwin dan berkahwin lagi. Berbeza dengan zaman dahulu, perkahwinan hanyalah sekali. Itulah pasangan sehidup semati, walaupun pada mulanya tanpa persetujuan. Dek kerana tidak mahu menderhaka, kehendak ibu dan ayah terpaksa dituruti. Dan syukurlah, ramai yang mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Berbicara tentang kisah rumah tangga ini, semua orang lebih banyak mendengar cerita yang buruk daripada yang baik. Kisah suami isteri bercerai-berai sudah terlalu biasa didengar. Hinggakan ramai yang malas hendak ambil kisah tentangnya. Namun, pada hakikatnya, kisah inilah yang perlu kita terokai. Cari sebab mengapa perceraian
itu terjadi. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Bagi sesetengah orang, perkataan cerai ini memang boleh meremangkan bulu roma. Begitu jugalah dengan saya. Nauzubillah, minta dijauhkanlah daripada kita semua.

Rumah tangga berseri

Agar rumah tangga anda sentiasa berseri dan bercahaya, banyak yang boleh dilakukan. Tahukah anda yang sebenarnya perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan dan bukannya penamat. Banyak yang perlu anda pelajari apabila telah menjawat jawatan suami ataupun isteri.

Akan tetapi, ramai yang tidak menghiraukannya. Setelah berkahwin dan dapat apa yang dihajatkan, mereka lupa untuk terus membajainya. Segalanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Akibatnya, hidup berumah tangga semakin membosankan. Jadi, apa lagi? Mulalah ada yang cari makan di luar. Semuanya bermula dengan sikap tidak endah. Menganggap semua perkara mudah.

“You ni, Sara, asyik dengan kawan-kawan saja. Habis suami you kat rumah tu macam mana? Tak marah ke dia,” kata Salina kepada rakan baiknya, semasa mereka berkaraoke dengan rakan-rakan lain. “Alah, tak payah risaulah. Rumah tangga I okey saja. Tak ada apa-apa masalah pun. Hubby I tak pernah bising pun fasal rumah tangga kami. Dia pun tak pernah larang I nak keluar dengan kawan-kawan,”balas Sara.

Rumah tangga seperti inilah yang bahaya wahai Sara. Walaupun perkahwinan anda berada di dalam keadaan yang baik, anda haruslah sentiasa memeriksanya. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dalam diam-diam, dia “ngap” kita. Jika semasa memeriksa rumah tangga kita, dan didapati ada masalah, segeralah cari jalan untuk mengatasinya. Janganlah tunggu sehingga masalah tersebut menjadi parah. Bahaya! Kalau nasi sudah menjadi bubur, semuanya sudah tidak berguna lagi.

sumber
http://www.majalahpama.com.my/Perkahwinan/artikel.asp?art=2009/1204/8364852125&sec=Topik

Tip Didik Dan Bentuk Keluarga Bahagia




Bukan senang menghadapi alam perkahwinan kerana anda perlu melalui beberapa fasa kecil hingga ke fasa yang lebih besar. Semua itu bermula pada hari pertama anda berkahwin, mempunyai anak hinggalah ke akhir hayat.

1. Ungkapkan kata-kata lembut

Ada pasangan apabila bergaduh susah untuk bercakap baik. Biasanya mereka terlalu mudah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasangan. Akibatnya ada juga yang mungkin terasa hati walaupun hubungan baik. Oleh itu, sentiasalah mengungkapkan kata-kata yang manis kepada pasangan walaupun dalam keadaan marah.

2. Terima kekurangan masing-masing

Biasanya sebelum berkahwin, masing-masing boleh menerima seadanya. Tetapi bila dah kahwin, ada sahaja kekurangan yang tidak kena. Mentang-mentanglah pasangan anda tidak seperti yang diidamkan, anda tidak melayannya sebagai pasangan suami isteri yang sah. Biar siapapun dia, belajarlah menerima seadanya dan melengkapi kekurangan tersebut.

3. Sentiasa mengambil berat hal pasangan

Itu belum lagi kalau pasangan itu berpisah kerana bekerja. Seorang di utara, seorang di Selatan. Kalaupun anda sibuk di pejabat, ini tidak bermakna kebajikan pasangan diabaikan. Sekurang-kurangnya telefonlah bertanya khabar. Kalau balik lambat, mungkin anda boleh SMS ataupun telefon supaya isteri di rumah tidak bimbang atau curiga.

4. Jangan suka menunding jari

Inilah salah satu punca pasangan bergaduh. Masing-masing tidak mahu mengalah disebabkan perkara yang kecil. Ada sesetengah pasangan sukar untuk mengaku kesalahan biarpun sudah jelas dialah yang memulakan pertengkaran. Cari jalan sepakat dengan berbincang apa yang tidak puas hati dalam rumah tangga supaya dapat diselesaikan dengan aman.

5. Jangan amalkan sikap mengungkit

Memang kita akui tanggungjawab si suami memang berat pada zahirnya. Tetapi itu tidak bermakna pasangannya tidak boleh bertolak ansur untuk meringankan beban si suami. Jika diperlukan, apa salahnya menolong tetapi jangan sesekali suka mengungkit tiap kali bergaduh kerana itu tentunya akan mengecewakan pasangan.

6. Bergurau senda mengikut keadaan

Tidak salah anda bergurau senda biarpun dalam usia emas. Tonjolkan kasih sayang anda di depan anak-anak supaya mereka dapat mencontohi anda dan pasangan dalam semua hal. Tetapi jangan pandai-pandai bergurau ketika pasangan baru balik dari kerja ataupun tengah moody.

7. Amalkan makan di rumah

Ada suami yang suka mengamalkan tabiat makan di luar sejak zaman bujang lagi. Bukan setakat tidak pernah masuk ke dapur, tetapi buat tidak endah jika si isteri masak di rumah. Janji perut kenyang. Sudahnya isteri makan hati. Sudahlah waktu kerja sentiasa sibuk, apakata hari minggu luangkan masa untuk makan bersama keluarga pula.

8. Habiskan masa dengan anak-anak dan keluarga

Waktu kerja diberikan sepenuhnya di pejabat. Habis waktu kerja, jangan lupa setkan minda anda di rumah pula. Luangkan masa dengan baik dan teratur untuk keluarga yang lebih memerlukan anda.

9. Sentiasa peka dengan masalah pasangan

Biasanya wanita yang sering berdiam diri jika berasa tidak puas hati dengan sikap pasangan. Hendak diluahkan bimbang akan bergaduh besar. Si lelaki pula tidak faham jiwa. Bila satu hari si isteri berdiam diri ataupun bermasam muka, janganlah buat tidak tahu sahaja. Cuba tanya apa masalahnya dengan sebaik mungkin.

10. Jangan serahkan kebajikan keluarga kepada pembantu rumah

Kalau dua-dua orang bekerja, pastikan masa bersama anak-anak dimanafaatkan sebaik mungkin. Kalau boleh tetapkan waktu petang bersama anak-anak jika tiada apa-apa aktiviti luar. Kalau boleh elakkan balik lewat malam ketika anak sudahpun tidur. Jika anda ada pembantu rumah, kemungkinan anak-anak akan lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa sendiri.

11. Elakkan meninggikan suara di hadapan anak-anak

Emosi sememangnya sukar dikawal. Kalau bom meletup memang sukar dijangka. Tetapi kalau boleh dikawal, silalah kawal. Orang dewasa sepatutnya berfikir secara bijak dengan tidak bergaduh di depan anak-anak. Seharusnya anak-anak tidak perlu dilibatkan dengan masalah orang dewasa.

12. Bersikap romantik

Tidak semestinya cinta di usia tua tidak perlu romantik. Cuba imbas kembali kenangan dulu-dulu sebelum berkahwin. Kalau dirasakan perlu menghadiahkan si dia dengan bunga ataupun kad ucapan
sumber:
http://www.majalahpama.com.my/Perkahwinan/artikel.asp?art=2011/1101/3643443657&sec=Topik

Monday, October 31, 2011

artikel pilihan

Airmata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,

Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

-Artikel iluvislam.com
Biodata PenulisMuhammad Hatta bin Mohamad Zoidin Lepasan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 2007/2008. Kini menuntut di UTM Kuala Lumpur. Penulis blog http://ceritapokta.blogspot.com/.





Prihatinkah orang kita?


Jam 6.15 petang, tanggal 27 oktober 2011-dalam perjalanan balik dari Kulim ke Jeneri, dalam 10 km dari Kuala Ketil, proton buat hal..tayar pancit. MasyaAllah...apa yang harus kulakukan? oh Tuhan..Sesungguhnya Dikau maha mengetahui. Terus call Ya , tanya dier..dier pun on the way nak balik Ayer Itam  because tok dier sakit. Aku call Karia (adik) tak dapat. No phone rumah pulak tak dapat disearch. Suraiya call back dan bagitau yang dier ada minta tolong kawan abang Suyuti. Alhamdulillah jam 6.30 pm dier sampai.
Apa yang menyedihkan aku, takde sapa2 pun yang lalu lalang di situ , berhenti dan bertanya sesuatu. Rasa sedih sangat. Tapi tulah..mungkin orang zaman sekarang  tak macam zaman dahulu. Apa2 pun aku bersyukur semuanya selamat...terima kasih kepada ustaz yang datang tolong.Hanya Allah yang mampu membalas jasanya.

Monday, September 19, 2011

Father in Law

Tanggal 17 september 2011, cik (bapa mertua) dimasukkan ke HKB setelah dihantar oleh ambulan dari HOspital Lati, Pasir Mas. kes jantung...emm agak menggerunkan sebenarnya. Bila hubby bagi tau yang FIL dah kencing pun tak berasa, i think i must do something. Biar i drive sendiri dengan anak2 4 orang tu..insyaAllah harap takde apa2 yang berlaku.
bertolak jam 10.30 dari kg ke Kelantan , berenti sekejap di hentian perah, tanya anak2 samada nak ke toilet ker..bukan apa takut nanti nak buang air masa kat atas buklit tu..alahai...payah ler..

alhamdulillah anak2 tak banyak kerenah di sepanjang perjalanan. kami sampai di kedai hubby jam 2.30 petang. alhamdulillah syukur pada Allah, permudahkan urusan kami....

terus ke kedai makan, tak makan nasik lagi nih..anak2 dah lapar...teringin nak makan laksa kelate telur burung puyuh. em siapa makan 2 pinggan lagi. alhamdulillah. pastu solat jamak zohor dan asar. seterusnya terus ke HKB. awal lagi..dalam 4.30 ptg. waktu melawat pukul 5 pm. tunggu kat pintu.hanya 2 orang pelawat yang dibenarkan dalam satu2 masa.

masuk dalam bersama mat deris (anak makcik esah), salam cik, tanya khabar.dier masih kenal.alhamdulillah..nampak macam dah ok.cuma minta dier rehat jer. tak lama dalam wad becoz ramai lagi ka luar nak masuk. malam baru kami balik kedai.

keesokan hari dalam pukul 10 lebih kurang dapat mesej dari nasir, tekanan darah makin tinggi. agak menggusarkan, kena siap cepat nih. tapi aku masih belum siapkan lagi kijer2 opis aku nih. takper bawak laptop g hospital.

sampai di pasir mas (hubby nak bayar bil api dan air), hubby tanya nak tengok barang ke tidak? emm awal lagi nak g hkb, so oklah boleh la tengok sekejap kalau ada yang berkenan. alhamdlillah..dapat jugak seutas.

terus ke kota bharu, sampai dalam pkul satu lebih. masuk dalam,nampak ok...stay jugak sampai situ sampai waktu melawat petang. petang masuk, and the doc panggil and say somethinng yang tak berspa sedap didengar..tapi kena hadapi. masa tu sedang baca yasin, lepas doc bagitau yang keadaan cik agak tenat, rasa macam payah nak habiskan bacaacn yasin. tapi gagah jugak. malam balik....basuh baju, sebab takut esok dah takde baju nak dipakai. tapi sebelum tu, sempat lagi singgah di wakaf che yeh. beli buah, blouse , keropok untuk dibawa pulang kulim.

setakat dulu coretan. mata dah nagantuk nih..dah jam 2.41 am....

hari ke 5 masuk hospital, keadaan makin tak stabil. cik mula minta nak makan macam2. nurse bagitau yang cik ada buang wayar2 yang melekat di badannya.

sepatutnya aku dan anak2 pulang pagi nih, tapi sekali lagi terpaksa tangguhkan hasrat...rasa tak sedap hati jer...tu lah.perancangan Allah adalah yang terbaik..

di sini sedikit sebanyak menginsafkan diri ini bahawa kiter hanya mampu merancang tapi Allah jua Perancang yang terbaik.

Tanggal 11 0ktober 2011-jam 5.30 petang, aku dapat mesej dari abang menyatakan bahawa cik tenat. so i call him and die bagitau yang dier masih di Jeli dan dalam perjalanan balik. Aku pada masa tu dengan sorang member tengah nak tengok rumah kat KTC2, tapi orang yang ditunggu (broker rumah tersebut) tak kunjung tiba. Jam dah 5.45petang, so kena ambik kakak (fatin) kat kelas kafa.

sampai kat rumah dalam jam 6.30 abang call, yang bagitau cik dah takda. Innalillah...abang pun tak sempat jumpa cik buat kali yang terakhir sebelum cik menghembuskan nafas yang terakhir.Perginya Tak kembali.

aku pun berkemas, nak balik jugak ke kelantan.....lantak lah apa nak jadi...siap berkemas, jam 7.20 malam, keluar dan bertolak balik ke kelantan. Dalam hati, mohon Allah permudahkan perjalananku.

Doa, ayat2 suci bermain di fikiran..hujan makin lebat, dengan keadaan kabus..yang menyukarkan perjalanan, mujur anak2 semua dah tidur. Aku mesti sampai di Tok Uban sebelum 12 malam.Alhamdulillah
Allah permudahkan perjalanan.

Malam tu, cuba baca ayat suci untuk disedekahkan pada arwah. sekali sekala aku mengucup dahi cik. Sejuk sekali. Pergilah cik..bertemu Tuhanmu dengan aman.

minggu kedua raya
















mandi manda di pantai cenang dan air terjun tujuh
















             ke makam mahsuri-lagenda....



jumaat 9/9/11 ke langkawi....antara tempat yang dilawati makam mahsuri, kereta kabel, air terjun tujuh, pantai cenang....

minggu pertama raya


















jumaat ,3 sep 2011 bawa anak2 g cameron

raya 2011













tahun ni raya tak berapa best? sebab apa? sebab ahmad tak beraya bersama2 dengan umi.

Saturday, July 2, 2011

selamat hari jadi sayang

selamat hari jadi--selamat jari jadi....selamat hari jadi fatin..selamat hari jadi.
maafkan umi..tak sempat nak buat kek..but i'm promise..i will do something.
fatin dah besar sayang..dah 8 tahun. 8 tahun yang lepas, di hospital kota bharu(sekarang dikenali sebagai hospital perempuan sultanah zainab)jam 7.40 pagi...keluarlah seorang baby kecil.....Fatin Nabihah Binti MOhd Yusoff...dengan berat 3.03kg...

rekod kemajuan murid

jam 9.45 pagi , bersama suami ke sekolah rendah sungai ular, untuk menandatangai buku rekod anak. bermula dengan kelas Ahmad Farhan. kulihat nama Ahmad yang teratas sekali dalam kelas (dalam hati..memang ini yang kuharapkan..kalau boleh bukan setakat no 1 dalam senarai nama sahaja..malah, no 1 bagi yang lain2 juga...dapat no 1 dalam kelas ker...)
tak sangka bila tengok buku rekod dier. kedudukan dalam kelas 2/31.Alhamdulillah syukur.
walaupun cuma 3A2B...aku rasa bersyukur. terima kasih pada cikgu2 yang bertungkus lumus...
sesungguhnya jasa kalian memang amat besar.
tiba masanya ke kelas 2 Dahlia. bila tengok buku rekod tu..rasa macam semacam jer. hati oh hati...walau apa pun keputusan kakak aku terima...dengan kedudukan dalam kelas 27/35...aku masih merasa lega la..at least takde ler last sekali. cuma gred agak turun 2B 1C 2D. aku kena sedikit lebih usaha untuk fatin....especially math.....

Monday, June 27, 2011

morning yang agak menggusarkan

emm andainya setiap pagi ku pada setiap hari tidak perlu kulalui dengan tangisan anak2...
alangkah bestnya hidup. tapi apa kan daya, mahu atau tidak , i have no choice..
jannah, jannah......jannah...kenapa kau selalu menguji tahap kesabaran umi..kalau diikutkan hati yang memang panas nih...ko tak payah pegi sekolah. tapi tu lah..kalau dah terbiasa tak ke sekolah..esok2nya cari alasan lagi supaya tak payah pergi sekolah.
emm..umi oh umi...jangan mengalah..ko harus kuatkan semangat. biarkan dier menangis sekejap, untuk masa depan dier.
tak seronoknya meninggalkan anak di sekolah dengan tangisan.tapi apa kan daya, aku harus keraskan hati, pekakkan telinga semata2 untuk masa depan dier.

travel malacca

25 jun 2011 -jam 4.30 am bertolak dari kuarters ptsb ke melaka. Anak2 pun terkejut jugak. Fatin tanya "umi, kena g sekolah ke ari ni?"."taklah..nak pergi melaka".
6.30 am- berhenti diperhentian Tapah untuk solat subuh.
10.45am-sampai di Ayer Keroh , Melaka.masuk zoo melaka dulu. saja nak hiburkan anak2.
12.45pm-berhenti di Masjid Al-Azim untuk solat Jumaat.
6.15 pm-berehat di rumah Matt.
8.45pm-makan malam kat luar (area SG Udang)

26 Jun 2011-pukul 9.20 am bertolak dari rumah matt ke Jasin (rumah abang ipar)
2.10 pm-bertolak semula balik ke Kulim.
8.45pm-singgah makan malam di kilang lama.

Wednesday, June 22, 2011

Marah....pergilah engkau

Assalam...
dah lama tak jengah blog ni..hidup segan mati pun tak mau. sekadar ingin memenuhkan blog.
semalam hari yang agak teruk dalam hidup ini. tapi aku harus lalui...yes...i have no choce.
berbalik citer semalam, aku semakin hilang sabar dengan kerenah anak2..
kata kak naemah (jiran kat bawah umah) dier kata "anak2 dan harta itu ujian". Yes, aku setuju.cukup2 setuju. Dan Allah takkan menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya.
Aku bersujud dan aku menadah pada Mu, aku pohon pimpinanMU ya Allah.Tolong la aku ya Allah.Kau adalah sebaik2 pelindung dan hanya pada Kau aku mohon pertolongan. Kau kuatkan semangatku, tabahkan hati ini ya Allah...amin..amin..ya Rabbbal 'Alamin.

Tuesday, January 4, 2011

majlis perkahwinan acu

hidangan pengantin
sedapnya...








anak makchaq dan anak dikyah




makan beradab





persembahan silat