Sunday, November 25, 2012

My Vocabulary

1. word :famine
    meaning :kebuluran
    sentence: There had been a famine at home and war was coming, so my family moved there.

2. word :violence
   meaning :keganasan
   sentence:There is so much violence.

3.word :bouts
   meaning :bersin
   sentence:I have bouts of sneezing, and my nose becomes blocked and my eyes get watery.

4.word :poignant
meaning :memilukan
sentence:It can be an entry in your dairy:a funny or poignant moment when you nursed a sick person.

5.word :rupture
meaning :pecah
sentence:The increassingly fragile arteries may then cause the plaque to rupture.

6.word :prior
meaning :sebelum
sentence:I was perfectly healthy prior to the attack.

Doa hari ini

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI


SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.


lagi doa ?
sumber :
http://mukminmari.blogspot.com/2010/11/doa-anak-soleh.html

Monday, November 19, 2012

Alhamdulillah, akhirnya

Semalam  Ahmad nalik bagitau umi yang Ahmad dah masuk Quran...Alhamdulillah .  sukanya hati ini tak terhingga bila anak dah naik Quran. Apalagi Ahmad menuntut janjinya untuk mandi kat kolam.So i just told him that yang kakak belum masuk Quran lagi, so kena tunggu kakak masuk Quran dulu.Hopefully Ahmad Faham.

sumber foto internet

October and November 2012

izul iman




kak long mira dan zikri


 


 
 
 
 

Monday, October 29, 2012

Friday, October 26, 2012

Raya haji



nothing to post..just Selamat hari raya Haji/Qurban...

Monday, September 24, 2012

Majlis Perkahwinan kawan seopis

Gambar2 ni actually dah lama dah 2011 lagi...tapi baru nak upload...
Jauh jugak yer Sungai Siput ni, at least sampai ler jugak..... selamat berbahagia pengantin baru, semoga berkekalan ke akhir hayat....Amin




Bandung

Berlepas dari penang airport aroud 9.20 pm. Buat relax jer, padahal kecut jugak perut masa terbulance (kata kapten flight) melanda.maklumlah dah lama tak naik flight.
Alhamdulillah selamat sampai di airport Bandung jam 11.30 (waktu malaysia) atau 10.30 mlm (waktu indonesia)....ambil teksi terus ke hotel POP. kat kertas tu tulis 40ribu rupiah jer...tapi bila kami takde duit kecik, kira burn la.

Rasa macam tak percaya jer, maklumlah first time jijakkan kaki ke oversea.....malam, terus rehatkan diri kat bilik..emm macam payah jugak nak tidur, risau subuh terbabas...akhirnya tengok kat jendela , mak oii...dah siang la..baru jam 5 pagi....alamak, tak pandai la nak sesuaikan diri dengan jam kat sini...pening....to be continued...






Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya

Gambar di pagi raya....bersama-sama anak tercinta

Saturday, August 4, 2012

Wang kelian

Jun 2012,lepas kenduri sani, sempat lagi lajak ke Wang Kelian...takde mende sangat dibeli, cuma sabun, kain tuala, beras, pulut...air kotak..ha ha ha




Tanjung Dawai 2010

Gambar2 ni dah lama dah..cuma baru nak upload..2010 lagi ha...g makan ikan bakar kat Tanjung Dawai....dengan family, siap beli ikan kering, keropok...best.




Tuesday, July 31, 2012

sukan sekolah sungai ular

ahmad....dapat no 3....lari 4x100



Sunday, July 8, 2012

ada orang order

Macam tak caya jer ada orang suka dengan bluebrry cheesecake aku.Kelakar jugak..aku ni siap tidur tak lena takut tak jadi..alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Nak letak harga berapa yer? kawan kasi rm50.Alhamdulillah......gambarnya nanti aku upload..

Wednesday, July 4, 2012

kursus EDM die sinking

Alhamdulillah selesai sudah kursus Die sinking. Nak kata pandai tu, takde lah..sikit2 tu boleh la , Alhamdulillah.. segala ilmu datang dari Allah..

Sunday, July 1, 2012

Tip kesihatan

Pagi ni, aku cuba memakai girdle yang aku beli kat avon (dah tak ingat berapa lama ntah aku beli). tapi tak muat. Something wrong somewhere. Berat badan naik. Em, terfikir cara yang terbaik. Apa yer?
kat bawah ni ada sedikit maklumat yang aku jumpa. Clik di sini

Tuesday, June 26, 2012

Batuk

Batuk merupakan satu simptom penyakit yang agak merunsingkan. Sebenarnya ia agak menggangu tugasan harian, tambah-tambah kalau masuk meeting, kursus atau sebagainya. Takkan nak kuar masuk bilik meeting semata2 batuk. Orang lain confirm akan terganggu.
So, bagi mengatasi masalah tersebut dah berbotol-botol ubat-batuk dah aku telan, tapi belum diizinkan Allah. So, ni tengah mencari petua2 yang baru, mana nak tau....jika diizinkan...
petua hilang batuk


Sunday, June 10, 2012

Kena saman Pada my birthday

Hahahaha macam tak percaya jer, yerlah..jarang kena saman sebab aku bukan jenis wak keta laju-laju, dari keck pun aku takut dengan polis (padahal dalam famili aku pun ada anggota polis). Tapi ni kes yang sedikit berbeza, kena saman dekat tempat yang tak sepatutnya aku parking. Kalau lah (word ni tak sepaptutnya exist, sebab Kalau ni digunakan usually merujuk kepada perkara yang dah lepas. am i right?).

Tapi tulah ..dah nak terkena jugak, yang bestnya dihari ulang tahun kelahiran ku yang ke 35 ..pasti aku akan ingat moment ni.Tapi tak bayar2 lagi nih..Dalam 2 weeks ni, i have to pay rm100.Bagi aku kuantiti yang agak banyak jugak. Dalam seratus tu boleh buat macam2 ye tak?..apa2 pun just cool down and relax because apa jua yang berlaku ada hikmahnya.

Alahamdulillah, 13 jun 2012 aku dah pergi bayar saman. Siap tanya boleh bagi kurang tak? he he he sambil sengih macam kerang busuk. "tak boleh". Takperlah..memang aku tahu tak boleh pun..saja gatai mulut nak mintak. Mahu tak mahu sua la jugak rm100. Dalam hati , padan dengan muka aku..huhuhu....

Sayangi Anak Kita

Pagi ni merupakan pagi yang agak tak best...aku kurang berjaya menahan amarahku. Ya Allah, ampunkan dosa hamba Mu ini. Anak, maafkan umi ya...Kau memang permata yang terlalu berharga dalam hidup umi...tanpa kalian siapalah umi...

"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan terbuat dari api. Dan api itu hanya bisa dipadamkan oleh air. Oleh karena itu, jika seorang di antara kamu marah maka berwudhuklah. "
(Riwayat Abu Daud).
alt

SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya. Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.
Pertama, pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama. "Ini kerana ada ketika anak ingin sampaikan atau ceritakan sesuatu tanpa kehadiran adik-beradik lain," katanya. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, berkata jangan hanya sedar kesilapan apabila anak-anak bermasalah. "Ketika itu keadaan sukar untuk dikawal dan pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian serta persepsi negatif. "Sebelum nasi menjadi bubur berikan masa yang cukup untuk bersama dengan anak-anak. "Ambil tahu perkembangan mereka, persekolahan, kawan-kawan, hobi dan segalanya berkaitan kehidupan mereka," katanya.
Kedua, korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. "Namun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting mendidik anak-anak menjadi dewasa," katanya. Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.
Ketiga, korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. "Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. "Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh. "Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak," katanya.
Keempat, korban keseronokan kita demi keseronokan anak dan kerana setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. "Justeru, kita perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah. "Jika kita tiada kebolehan, cukup dengan sokongan moral kerana anak-anak memerlukan kehadiran ibu bapa dalam perkara yang mereka lakukan," katanya. Katanya, anak-anak mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu puji apabila perlu dan bantu setakat yang terdaya.
Kelima, korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. "Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan esok hari," katanya.
Jadilah ibu bapa yang prihatin akan keperluan mereka serta membuktikan betapa anak-anak yang dulunya lemah dan sederhana pencapaiannya meningkat secara mendadak prestasi pelajaran selepas ibubapa faham akan tangungjawab sebagai mentor kepada mereka dirumah, semoga kita dapat lahirkan anak yang cemerlang dari segi pendidikan dan kerohaniah.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad Merupakan seorang motivator terkenal. Temui beliau di Konvensyen Super Parents yang akan diadakan pada 26 dan 27 Mei 2012 ini bertempat di Picc,Putrajaya Beliau berkongsi karya di http://www.tengkuasmadi.com ..

Doa Pengikat Kasih Sayang

Oleh: Editorial Grup Digital KarangkrafTarikh: 7 Jun 2012

Antara Doa Pengikat Kasih Sayang yang baik diamalkan ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Zikir Suami Lembut Hati

Oleh: Editorial PaMaTarikh: 7 Jun 2012

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir


Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini :
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Berat Badan Kurang Disebabkan Cacing

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 1 Jun 2012

dapur kami

Jangkitan cacing pada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan, berat badan menurun, pertumbuhan kanak-kanak terencat, sistem ketahanan badan kurang, kanak-kanak mudah demam dan mengalami bengkak kelenjar yang berulang-ulang. Sehubungan itu, mencuci tangan dengan sabun dan air setiap kali sebelum dan selepas makan serta basuh buah-buahan segar sebelum anak anda makan. Jangan lupa pastikan anak anda memakai selipar atau kasut setiap kali berjalan keluar dari rumah selepas keluar dari tandas dan mencuci seluruh badan menggunakan sabun setiap kali mandi. Dalam pada itu, pantau kesihatan anak dengan memberi rawatan ubat cacing.

Bercerai lampin

Kaedah Berkesan ‘Cerai Lampin’

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 7 Jun 2012

perkembangan anak

Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan anak anda.

Lampin adalah keperluan dalam kehidupan bayi sehinggalah ke usia kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa hari ini memilih menggunakan lampin pakai buang sebagai salah satu cara mudah untuk memastikan bahagian sulit si manja berada dalam keadaan bersih dan kering. Bagaimanapun ia akan menjadi ‘masalah’ apabila ibu bapa tidak tahu cara terbaik untuk menghentikan penggunaan lampin pada anak.

‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh.

Namun tidak kurang juga, ada yang cepat berputus asa apabila usahanya itu menemui kegagalan. Apa yang pasti, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Masa dan kesabaran sangat diperlukan dalam memastikan usaha tersebut berhasil.

Bilakah Usia Yang Paling Tepat?
Soalan yang sering diajukan oleh para ibu mengenai isu ‘cerai lampin’ ini ialah, “bilakah umur yang paling sesuai untuk menghentikan pemakaian lampin pakai buang terhadap anak saya?” Jawapan yang diperoleh pula selalunya pelbagai dan akhirnya mengelirukan.Sesetengah ibu bapa pula berpendapat ‘cerai lampin’ adalah sangat penting dan perlu dimulakan sejak dari awal.

Ada yang melatih si manjanya memakai seluar tanpa lampin sejurus si manjanya mula pandai bertutur dan mungkin ada yang lebih awal dari itu. Ia bergantung kepada masyarakat dan di mana bayi tersebut dibesarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa memilih untuk melatih anaknya bercerai daripada pemakaian lampin sejurus si manja telah mula memahami dan bersedia untuk perubahan.

Sebenarnya, waktu yang paling sesuai untuk melatih si manja tidak memakai lampin ialah ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah-payah untuk melatih si manja pergi ke tandas. Anak anda perlulah bersedia untuk melalui fasa peralihan ini.

Lazimnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sebaliknya, mereka lebih rela dan mudah dididik sekiranya keinginan untuk belajar sesuatu yang baharu itu lahir sendiri dalam dirinya. Jika terus dipaksa, si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak. Jadi, pendekatan psikologi harus diguna pakai dalam usaha mendidik anak-anak menuju ke alam lebih dewasa ini.

Adakah Si Manja Telah Bersedia?
Apabila si manja anda berkemampuan menerangkan sesuatu perkara secara lisan atau bukan lisan, ia menandakan dia telah bersedia untuk memulakan fasa peralihan tersebut. Apa yang paling penting, ibu bapa perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. Kaedah ini boleh membantu melatih si manja untuk ke tandas setiap kali ingin membuang air besar atau kecil.

Untuk permulaan, janganlah anda terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik boleh berlaku. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan. Pada awal latihan sudah tentu si manja anda berhadapan dengan masalah ‘tidak sempat’ berlari ke tandas dan sebagainya. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula kerana malas melayan keadaan tersebut. Kesabaran dan kerjasama para ibu bapa sangat diharapkan dalam memastikan latihan ini berjaya!

Apakah Peranan Sebenar Ibu Bapa?
Semua ibu bapa perlu faham bahawa ini adalah satu proses peralihan yang memakan masa. Segelintir ibu bapa memang tidak dapat lari daripada perasaan kecewa apabila keputusan yang diperoleh bertentang dari apa yang diharapkan. Kebanyakan ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mereka yang tidak memakai lampin selama beberapa minggu kembali semula memakainya. Keadaan inilah yang menyebabkan timbulnya rasa kecewa dalam diri segelintir ibu bapa. Seharusnya para ibu bapa tidak boleh memiliki perasaan kecewa. Sebaliknya, mereka harus terus mencuba untuk melatih si manja.

Kedua, tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. Pemikiran ini nyata tidak membantu anda untuk memisahkan si manja daripada terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ia akan lebih ‘memanjakan’ si manja dan secara tidak langsung anda akan terus bergantung terhadap penggunaan lampin pakai buang ini.

Cerai lampin ini bukanlah satu perkara yang mudah. Cara yang terbaik untuk anda menghentikan penggunaan lampin pakai buang ini adalah dengan tidak meletakkannya di dalam rumah. Jadikan rumah anda bebas daripada lampin pakai buang ini. Di peringkat permulaan diakui ia adalah sangat sukar. Tetapi jika tidak bertindak sedemikian anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk melatih si manja. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.

Apakah Pendekatan Terbaik?
Akhir sekali, elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ibu bapa perlu menyediakan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan si manja. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghentikan si manja menggunakan lampin.

Wednesday, June 6, 2012

selamat hari lahir

Selamat hari lahir..untuk diri sendiri.semoga beroleh keberkatan dalam hidup....insyaAllah.Malam tadi buat kek coklat dan buat karipap dengan hajar. Alhamdulillah.boleh bawak g opis pagi nih.

Tuesday, June 5, 2012

Moist chocolate cake

resepi ni dapat dari kawan satu opis. tak sure dier ambik dari mana.

Bahan A

3 biji telur
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar nescafe

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan B digaul rata dan diayak)

cara-cara

1. pukul telur dan gula hingga kembang
2. masukkan minyak dan susu pekat , kacau rata
3.masukkan serbuk koko , nescafe, esen vanilla dan air panas. kalau hingga sebati
4.masukkan bahan B sedikit -sedikit.
5. masukkan  dalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah celcius  hingga masak (1 jam lebih kurang)

topping

chocolate bar
serbuk koko
susu pekat
air
tepung jagung
marjerin
campurkan semua dan masak secara double boil hingga pekat.masukkan marjerin last sekali

Lagi resepi (dapat dari internet)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum >hasue guna tepung hong kong
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:

  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:

  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
untuk resepi yang lain, boleh layari http://sue-hasue.blogspot.com/2011/04/resepi-super-moist-chocolate-cake-chef.html

Saturday, June 2, 2012

Kenduri kendara

Khamis , 24 Mei 2012 bertolak ke kelantan, siap tidur lagi kat atas puncak, jam 8.30 lebih kurang baru sampai kelantan. Sabtu , kenduri kat rumah abag ipar. Ahad selepas mengantar pengantin perempuan akan ke negeri sembilan (kuala pilah) dan Jumaat (1 jun 2012) satu lagi kenduri pulak , kat rumah kakak ipar. Gambar akan di upload nanti ya...

Monday, May 21, 2012

Ahmad dibuli

Aku tercari-cari di mana Ahmad Farhan, sambil jalan ke kelas 2 Dahlia, aku ternampak kelibat Ahmad. Dia jalan ke paip air, untuk mencuci muka. Nampak pelik. Rupanya Ahmad menangis.
"Ahmad. kenapa ni? "kawan Ahmad buat Ahmad.."so poor my son...emm hero pun kena buli jugak ker..he he he
i will continue soon...time to balik umah..

Saturday, May 5, 2012

Trip ke Bandung

Alhamdulilllah syukur yang amat pada Allah yang membuka hati suamiku supaya mengizinkan isterinya ini melancong ke Bandung. Sudah lama bangat aku mengimpikan mau ke sana. Bandung , nantikan ketibaan aku di sana ya...(iyer2 jer aku nih, padahal lambat lagi bulan 9 (11sep-15 sep 2012). Semoga Allah permudahkan urusanku untuk ke sana, dalam perjalanan dan perjalanan pulang....Aminnn...

Kek coklat kukus

Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya menjadi jugak kek yang aku buat. I like it. Tapi tak mau la sampai riak..takut..nauzubillah...nanti nak upload gambar. Kamera takdan nak charge bateri lagi. tapi tu la, topping kek ni yang tak pandai2 lagi.Last2 pakai topping manual( serbuk koko, tepung jagung, air and gula).

Bahan2

bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan gula

bahan B
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu esen vanilla

bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat

Cara-cara
1. satukan semua bahan A dan masak. sejukkan
2. pukul semua bahan B dan campurkan ke dalam campuran bahan A tadi.
3. satukan bahan C dan ayak.
4. masukkan bahan C yang telah diayak kelama bahan A dan B.
5. kukus selama 1  1/2 jam.





Sunday, April 29, 2012

Test drive


28 April 2012, ajak abang g Proton Kulim, nak test drive. Tunggu jugak, akhirnya dapat la aku test drive. Tapi tu la tak berapa berani sangat sebab, auto.Kepala lutut ni menggigil...dalam hati ni takut nak bawak keta besar...InsyaAllah, memang dalam perancangan nak beli keta besar..semoga Allah permudahkan urusa..aminnn