Tarikh: 1 Jun 2012
Jangkitan cacing pada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak
kurang selera makan, berat badan menurun, pertumbuhan kanak-kanak terencat,
sistem ketahanan badan kurang, kanak-kanak mudah demam dan mengalami bengkak
kelenjar yang berulang-ulang. Sehubungan itu, mencuci tangan dengan sabun dan
air setiap kali sebelum dan selepas makan serta basuh buah-buahan segar sebelum
anak anda makan. Jangan lupa pastikan anak anda memakai selipar atau kasut
setiap kali berjalan keluar dari rumah selepas keluar dari tandas dan mencuci
seluruh badan menggunakan sabun setiap kali mandi. Dalam pada itu, pantau
kesihatan anak dengan memberi rawatan ubat cacing.
No comments:
Post a Comment