Sunday, March 25, 2012

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga


Inilah kisah seorang lelaki yang amat dikasihi Nabi S.A.W. bernama Owais Al Qarni yang hidup suatu ketika di Yaman.Istimewanya Owais Al Qarni ini, dia ditimpa penyakit sopak (kulitnya putih di sana sini). Ayah Owais Al Qarni meninggal dunia sewaktu dia kecil. Owais bukanlah seorang yang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Malah, waktunya dihabiskan demi beribadat dan menjaga ibunya yang uzur dan lumpuh.
Suatu hari ibu Owais terlalu ingin menunaikan ibadat Haji ke Mekah. Dia merayu agar Owais membawanya ke sana. Owais bukanlah seorang yang kaya. Namun dia tidak putus akal. Dibelinya seekor anak lembu dan dibuatkannya sebuah pondok di atas bukit di mana lembu ini diletakkan. Setiap hari, Owais akan memikul lembu ini menuruni bukit untuk diberi makan. Kemudian dipikulnya semula mendaki lereng bukit ke pondok yang disediakan.
Selepas beberapa bulan, anak lembu yang dibela Owais bertambah berat badannya. Manakala tubuh Owais pula menjadi tegap sasa, maklumlah hari-hari menggalas lembu yang semakin hari semakin bertambah berat badannya. Dan inilah yang sengaja dirancangkannya. Dengan badan yang sihat dan kuat, Owais berjaya mendukung ibunya merentas Yaman ke Mekah, meredah panas terik gurun yang amat memeritkan sesiapa sahaja, semata-mata untuk menyempurnakan hajat ibunya untuk menunaikan ibadat Haji. Selesai ibadat Haji, didukung ibunya lagi untuk kembali ke Yaman.
Mungkin kisah Owais Al Qarni ini akan tenggelam begitu sahaja dalam lipatan sejarah jika tidak kerana sabda Nabi S.A.W. yang pernah berpesan kepada Umar dan Ali r.a.:
"Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Owais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu."
Mengikut riwayatnya, mulianya Owais Al Qarni ini bukan sahaja kerana ia pemuda soleh dan kuat beribadat, tetapi juga kerana dalam dan ikhlas cintanya kepada ibu kandungnya. Sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi menggembirakan hati si ibu yang sudah tua. Nah, bukankah ini bukti yang cukup kuat betapa memuliakan ibu dan melayani segala karenahnya sekaligus membuka pintu syurga untuk anda dan saya?

Ayyad Demam lagi


"Umi, ayyad muntah" , laung si Jannah ketika pintu kereta kubuka. Ya Allah, kesiannya anakku,getusku di dalam hati. Aku harus terima semua ujian ini dengan redha, Ya Allah. Terus aku naik ke tingkat satu dan buka pintu rumah. Kelihatan Ayyad ditepi dinding menangis "umi". Sedihnya. kulihat ada 'something' atas toto, tak sure apa, warna agak hitam dan kelabu. aku terus mencapai tisu di dapur, spray dan plastik, lantas membersihkan tikar yang terkena muntah. Toto terus kuangkat dan letak di dalam bilik air. Memandangkan Ayyad yang membuntukan aku di kala itu, terus ayyad ku ambil dan membawanya masuk ke bilik air. Bajunya kubuka dan dia kumandikan. Jangan menangis anak, getusku di dalam hati. Seusai mandi, aku baluti dia dengan tuala. Biarlah dia dengan keadaan macam tu. Terus ke dapur mancari ubat, rupanya ubat demam dah habis. Aku letakkan tanganku ke leher ayyad, em tak panas sangat, masih ok.
"umi, umi,umi", Ayyad menangis lagi, tak mahu berenggang. Takpalah anak, umi di sini. Kesian pulak pada anak-anak yang lain, aku belum menyediakan apa-apa pun sebagai makan malam mereka. Ayyad mungkin lapar, aku memutuskan untuk membancuh minuman coklat untuk anak-anak sambil dicicah dengan biskut. Sedang elok Ahamd, Jannah dan Fayyad makan, tiba-tiba Fayyad muntah. Habis terkaluar semua yang dimakan. Ahmad dan Jannah pun terus lari kedepan, tak sanggup nak tengok. Aku pun membuka baju dan seluar Ayyad, dan mencuci tempat muntah tersebut.

Seusai membersihkan pakaian ayyad yang terkena muntah tadi, pakaikan ayyad baju, aku pun tidurkan ayyad. Kubuka laci, masih ada coolfever yang belum dibuka, lantas kulekatkan di dahinya. Tidurlah sayang, Ayyad mesti kepenatan.

Aku ke ruang pakaian, untuk melipat pakaian yang menimbun. baru dalam beberapa helai, Ayyad dah menangis, semua kerja ini tergendala. Ahmad yang mengerti akan keadaan ini datang ke padaku"umi, Ahmad nak tolong lipat baju". Dalam hati kecil ini, Alhamdulillah, aku bersyukur pada MU.Terima kasih anak."umi nak tidurkan Ayyad dulu ya"."ok umi".

Malamnya , Ayyad tak dapat tidur, badan agak panas, aku ambil kain dan basahkan dengan air, terus kuletak di atas badan ayyad, depan dan belakang berselang seli. Tidurlah sayang.Umi di sisi mu, ayyad. Terkadang aku curi-curi tidur, tapi aku harus memastikan suhu badan Ayyad tak akan naik lagi.

Pengorbanan seorang ibu, memang banyak, tak ternilai, tak terhitung, tak mungkin dapat dibalas. Agaknya macam ni lah dulu masa emak besarkan aku.




Presentation Project sem 6

Alhamdulillah, akhirnya present jugak student projek. Hati ini sangatlah risau, dolam solat sering doakan kejayaan pelajar. Seronok tengok student happy.


Saturday, March 24, 2012

Bacaan Dalam solat

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

  
Assalamualaikum,
 
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .


Allah Maha Besar  

Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah Dengan nama Allah
yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
 
Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku  tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"