Sunday, March 25, 2012

Ayyad Demam lagi


"Umi, ayyad muntah" , laung si Jannah ketika pintu kereta kubuka. Ya Allah, kesiannya anakku,getusku di dalam hati. Aku harus terima semua ujian ini dengan redha, Ya Allah. Terus aku naik ke tingkat satu dan buka pintu rumah. Kelihatan Ayyad ditepi dinding menangis "umi". Sedihnya. kulihat ada 'something' atas toto, tak sure apa, warna agak hitam dan kelabu. aku terus mencapai tisu di dapur, spray dan plastik, lantas membersihkan tikar yang terkena muntah. Toto terus kuangkat dan letak di dalam bilik air. Memandangkan Ayyad yang membuntukan aku di kala itu, terus ayyad ku ambil dan membawanya masuk ke bilik air. Bajunya kubuka dan dia kumandikan. Jangan menangis anak, getusku di dalam hati. Seusai mandi, aku baluti dia dengan tuala. Biarlah dia dengan keadaan macam tu. Terus ke dapur mancari ubat, rupanya ubat demam dah habis. Aku letakkan tanganku ke leher ayyad, em tak panas sangat, masih ok.
"umi, umi,umi", Ayyad menangis lagi, tak mahu berenggang. Takpalah anak, umi di sini. Kesian pulak pada anak-anak yang lain, aku belum menyediakan apa-apa pun sebagai makan malam mereka. Ayyad mungkin lapar, aku memutuskan untuk membancuh minuman coklat untuk anak-anak sambil dicicah dengan biskut. Sedang elok Ahamd, Jannah dan Fayyad makan, tiba-tiba Fayyad muntah. Habis terkaluar semua yang dimakan. Ahmad dan Jannah pun terus lari kedepan, tak sanggup nak tengok. Aku pun membuka baju dan seluar Ayyad, dan mencuci tempat muntah tersebut.

Seusai membersihkan pakaian ayyad yang terkena muntah tadi, pakaikan ayyad baju, aku pun tidurkan ayyad. Kubuka laci, masih ada coolfever yang belum dibuka, lantas kulekatkan di dahinya. Tidurlah sayang, Ayyad mesti kepenatan.

Aku ke ruang pakaian, untuk melipat pakaian yang menimbun. baru dalam beberapa helai, Ayyad dah menangis, semua kerja ini tergendala. Ahmad yang mengerti akan keadaan ini datang ke padaku"umi, Ahmad nak tolong lipat baju". Dalam hati kecil ini, Alhamdulillah, aku bersyukur pada MU.Terima kasih anak."umi nak tidurkan Ayyad dulu ya"."ok umi".

Malamnya , Ayyad tak dapat tidur, badan agak panas, aku ambil kain dan basahkan dengan air, terus kuletak di atas badan ayyad, depan dan belakang berselang seli. Tidurlah sayang.Umi di sisi mu, ayyad. Terkadang aku curi-curi tidur, tapi aku harus memastikan suhu badan Ayyad tak akan naik lagi.

Pengorbanan seorang ibu, memang banyak, tak ternilai, tak terhitung, tak mungkin dapat dibalas. Agaknya macam ni lah dulu masa emak besarkan aku.




No comments:

Post a Comment