Sunday, April 29, 2012

Test drive


28 April 2012, ajak abang g Proton Kulim, nak test drive. Tunggu jugak, akhirnya dapat la aku test drive. Tapi tu la tak berapa berani sangat sebab, auto.Kepala lutut ni menggigil...dalam hati ni takut nak bawak keta besar...InsyaAllah, memang dalam perancangan nak beli keta besar..semoga Allah permudahkan urusa..aminnn

Jusco terbakar

Jumaat, 27 April 2012..Lebih kurang jam 4 petang, kalau tak silap, family and i sampai di Jusco Perda. lepas ke kaunter perkhidmatan atas urusan renew member kad (siap ambil 3 tahun ), terus masuk Jusco bahagain kanak2.Dlam on the way tu terdengar siren....ada yang panik, aku rileks lagi, sampai la aku tengok ramai yang berlari keluar, apa lagi , aku pun bawak anak2 keluar. Naik kereta, nak g tempat lain, rupa2nya Jusco terbakar..Dalam hati ingatkan earthquake.....kelakar....

Sunday, April 22, 2012

Rindu seorang anak


"Hello abah, Jannah nak balik dengan abah, Jannah nak duduk dengan abah.Bila abah nak mai sini?".Astagfirullahal a'zim,tersentuh hati kecilku. Rindunya Jannah pada abah."Jannnah, nanti abah mai sini". pujukku. "Tak mau, Jannah nak abah". Pujukku ternyata tak menjadi. Letih dah memikirkan 'peel' anakku yang sorang ni.  Jannah terus masuk ke bilik dan memasukkan tudung ke dalam plastik. "ummi, mana baju, Jannah? Jannah nak bubuh dalam beg , nak p rumah abah". Em, getus hatiku. Selama ni, ok jer, kenapa semenjak dua menjak ni kau teringat pulak pada abahmu.Anak oh anak. Sedih hati ni. Sabar ye nak.

Wednesday, March 28, 2012

scabies

Scabies

Scabies is an infestation of the top layer of skin caused by the parasite, Sarcoptes scabiei, often called scabies or mites. The female parasite burrows under the skin and begins laying eggs within a few hours of infection and continues to lay 2 to 3 eggs daily. It takes approximately 10 days for the eggs to hatch and become adult mites. At this point, the cycle will begin again.

Scabies is transmitted through close physical contact with a person who is infected or prolonged contact with infested linens, furniture, or clothing
 
Scabies does not usually cause anything more than discomfort and inconvenience. Occasionally, secondary bacterial infections may occur due to aggressive scratching.Crusted scabies, also known as Norwegian scabies, is a severe infestation of scabies. This normally occurs in people with compromised immune systems, such as the elderly and HIV-infected individuals.

To prevent:Avoid direct contact with infected bed linens, clothing, and furniture.


Monday, March 26, 2012

Jejak Kasih


Allahuakbar, Allah Maha Besar, Allah yang Maha Mengetahui akan tiap sesuatu. Semalam, masa melawat anak sedara kat hospital Kulim, terjumpa la sahabat masa kat sekolah menengah Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas. Hampir 20 tahun kami tak bertemu. Masing-masing wak kuar citer hal masing-masing. Dah setahun dier balik bekerja di hosital Kulim (as a nurse), dah banyak kali aku datang hospital, tapi tak pernah bertemu.
Syukur Alhamdulillah..Allah merancang, kiter merancang,tetapi perancangan Allah yang paling baik.

Sunday, March 25, 2012

resepi Cheese cake


Alhamdulillah, menjadi jugak cheese cake , he he he...rasa bangga jugak. Yelah selama ni pandai buat kek kotak jer. Rasa tercabar bila junior2, adik2 , kengkawan pandai buat kek.tu tak tengok lagi depa yang siap ambik tempahan kek.Jeles memang jeles.So, tekad nak try jugak. kalau tak jadi takper, at least i try.

Bawak kat kawan kat opis, kalau jadik, ok...that mean boleh buat lagi. kalau tak..jangan putus asa.
Satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila orang suka dengan makanan yang kiter masak.

nak g kelas dulu, lepas ni sambung balik.Bye

ps/cheese cake kat atas tu ambik kat internet..he he he.gambar btui2 tak upload lagi he he he


Resepi

bahan2
500 gm keju philediphia
gula (secukup rasa)
3 biji telur
inti blue berry
2 cawan biskut marrie
2 sudu besar marjerin
2 sudu jus lemon

cara-cara
1.hancurkan biskut ,dan cairkan marjerin. campurkan dan padatkan dalam loyang.masukkan dalam peti di bahagian beku selama 30 minit.
2.pukul keju dengan gula hingga kembang.
3.masukkan telur 1 persatu dan pukul.
4. masukkan filling blueberry dan jus lemon dan tuang adunan ke dalam loyang tadi.
5.bakar secara water bath (air kat bawah loyang) selama 40 minit. jangan lupa tutup adunan kek dengan aluminium foil untuk elakan kek berubah warna.



                                                    ni oreo cheese cake

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga


Inilah kisah seorang lelaki yang amat dikasihi Nabi S.A.W. bernama Owais Al Qarni yang hidup suatu ketika di Yaman.Istimewanya Owais Al Qarni ini, dia ditimpa penyakit sopak (kulitnya putih di sana sini). Ayah Owais Al Qarni meninggal dunia sewaktu dia kecil. Owais bukanlah seorang yang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Malah, waktunya dihabiskan demi beribadat dan menjaga ibunya yang uzur dan lumpuh.
Suatu hari ibu Owais terlalu ingin menunaikan ibadat Haji ke Mekah. Dia merayu agar Owais membawanya ke sana. Owais bukanlah seorang yang kaya. Namun dia tidak putus akal. Dibelinya seekor anak lembu dan dibuatkannya sebuah pondok di atas bukit di mana lembu ini diletakkan. Setiap hari, Owais akan memikul lembu ini menuruni bukit untuk diberi makan. Kemudian dipikulnya semula mendaki lereng bukit ke pondok yang disediakan.
Selepas beberapa bulan, anak lembu yang dibela Owais bertambah berat badannya. Manakala tubuh Owais pula menjadi tegap sasa, maklumlah hari-hari menggalas lembu yang semakin hari semakin bertambah berat badannya. Dan inilah yang sengaja dirancangkannya. Dengan badan yang sihat dan kuat, Owais berjaya mendukung ibunya merentas Yaman ke Mekah, meredah panas terik gurun yang amat memeritkan sesiapa sahaja, semata-mata untuk menyempurnakan hajat ibunya untuk menunaikan ibadat Haji. Selesai ibadat Haji, didukung ibunya lagi untuk kembali ke Yaman.
Mungkin kisah Owais Al Qarni ini akan tenggelam begitu sahaja dalam lipatan sejarah jika tidak kerana sabda Nabi S.A.W. yang pernah berpesan kepada Umar dan Ali r.a.:
"Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Owais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu."
Mengikut riwayatnya, mulianya Owais Al Qarni ini bukan sahaja kerana ia pemuda soleh dan kuat beribadat, tetapi juga kerana dalam dan ikhlas cintanya kepada ibu kandungnya. Sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi menggembirakan hati si ibu yang sudah tua. Nah, bukankah ini bukti yang cukup kuat betapa memuliakan ibu dan melayani segala karenahnya sekaligus membuka pintu syurga untuk anda dan saya?