Sunday, June 10, 2012

Doa Pengikat Kasih Sayang

Oleh: Editorial Grup Digital KarangkrafTarikh: 7 Jun 2012

Antara Doa Pengikat Kasih Sayang yang baik diamalkan ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”

Zikir Suami Lembut Hati

Oleh: Editorial PaMaTarikh: 7 Jun 2012

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir


Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini :
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

Berat Badan Kurang Disebabkan Cacing

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 1 Jun 2012

dapur kami

Jangkitan cacing pada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan, berat badan menurun, pertumbuhan kanak-kanak terencat, sistem ketahanan badan kurang, kanak-kanak mudah demam dan mengalami bengkak kelenjar yang berulang-ulang. Sehubungan itu, mencuci tangan dengan sabun dan air setiap kali sebelum dan selepas makan serta basuh buah-buahan segar sebelum anak anda makan. Jangan lupa pastikan anak anda memakai selipar atau kasut setiap kali berjalan keluar dari rumah selepas keluar dari tandas dan mencuci seluruh badan menggunakan sabun setiap kali mandi. Dalam pada itu, pantau kesihatan anak dengan memberi rawatan ubat cacing.

Bercerai lampin

Kaedah Berkesan ‘Cerai Lampin’

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 7 Jun 2012

perkembangan anak

Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan anak anda.

Lampin adalah keperluan dalam kehidupan bayi sehinggalah ke usia kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa hari ini memilih menggunakan lampin pakai buang sebagai salah satu cara mudah untuk memastikan bahagian sulit si manja berada dalam keadaan bersih dan kering. Bagaimanapun ia akan menjadi ‘masalah’ apabila ibu bapa tidak tahu cara terbaik untuk menghentikan penggunaan lampin pada anak.

‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh.

Namun tidak kurang juga, ada yang cepat berputus asa apabila usahanya itu menemui kegagalan. Apa yang pasti, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Masa dan kesabaran sangat diperlukan dalam memastikan usaha tersebut berhasil.

Bilakah Usia Yang Paling Tepat?
Soalan yang sering diajukan oleh para ibu mengenai isu ‘cerai lampin’ ini ialah, “bilakah umur yang paling sesuai untuk menghentikan pemakaian lampin pakai buang terhadap anak saya?” Jawapan yang diperoleh pula selalunya pelbagai dan akhirnya mengelirukan.Sesetengah ibu bapa pula berpendapat ‘cerai lampin’ adalah sangat penting dan perlu dimulakan sejak dari awal.

Ada yang melatih si manjanya memakai seluar tanpa lampin sejurus si manjanya mula pandai bertutur dan mungkin ada yang lebih awal dari itu. Ia bergantung kepada masyarakat dan di mana bayi tersebut dibesarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa memilih untuk melatih anaknya bercerai daripada pemakaian lampin sejurus si manja telah mula memahami dan bersedia untuk perubahan.

Sebenarnya, waktu yang paling sesuai untuk melatih si manja tidak memakai lampin ialah ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah-payah untuk melatih si manja pergi ke tandas. Anak anda perlulah bersedia untuk melalui fasa peralihan ini.

Lazimnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sebaliknya, mereka lebih rela dan mudah dididik sekiranya keinginan untuk belajar sesuatu yang baharu itu lahir sendiri dalam dirinya. Jika terus dipaksa, si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak. Jadi, pendekatan psikologi harus diguna pakai dalam usaha mendidik anak-anak menuju ke alam lebih dewasa ini.

Adakah Si Manja Telah Bersedia?
Apabila si manja anda berkemampuan menerangkan sesuatu perkara secara lisan atau bukan lisan, ia menandakan dia telah bersedia untuk memulakan fasa peralihan tersebut. Apa yang paling penting, ibu bapa perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. Kaedah ini boleh membantu melatih si manja untuk ke tandas setiap kali ingin membuang air besar atau kecil.

Untuk permulaan, janganlah anda terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik boleh berlaku. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan. Pada awal latihan sudah tentu si manja anda berhadapan dengan masalah ‘tidak sempat’ berlari ke tandas dan sebagainya. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula kerana malas melayan keadaan tersebut. Kesabaran dan kerjasama para ibu bapa sangat diharapkan dalam memastikan latihan ini berjaya!

Apakah Peranan Sebenar Ibu Bapa?
Semua ibu bapa perlu faham bahawa ini adalah satu proses peralihan yang memakan masa. Segelintir ibu bapa memang tidak dapat lari daripada perasaan kecewa apabila keputusan yang diperoleh bertentang dari apa yang diharapkan. Kebanyakan ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mereka yang tidak memakai lampin selama beberapa minggu kembali semula memakainya. Keadaan inilah yang menyebabkan timbulnya rasa kecewa dalam diri segelintir ibu bapa. Seharusnya para ibu bapa tidak boleh memiliki perasaan kecewa. Sebaliknya, mereka harus terus mencuba untuk melatih si manja.

Kedua, tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. Pemikiran ini nyata tidak membantu anda untuk memisahkan si manja daripada terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ia akan lebih ‘memanjakan’ si manja dan secara tidak langsung anda akan terus bergantung terhadap penggunaan lampin pakai buang ini.

Cerai lampin ini bukanlah satu perkara yang mudah. Cara yang terbaik untuk anda menghentikan penggunaan lampin pakai buang ini adalah dengan tidak meletakkannya di dalam rumah. Jadikan rumah anda bebas daripada lampin pakai buang ini. Di peringkat permulaan diakui ia adalah sangat sukar. Tetapi jika tidak bertindak sedemikian anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk melatih si manja. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.

Apakah Pendekatan Terbaik?
Akhir sekali, elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ibu bapa perlu menyediakan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan si manja. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghentikan si manja menggunakan lampin.

Wednesday, June 6, 2012

selamat hari lahir

Selamat hari lahir..untuk diri sendiri.semoga beroleh keberkatan dalam hidup....insyaAllah.Malam tadi buat kek coklat dan buat karipap dengan hajar. Alhamdulillah.boleh bawak g opis pagi nih.

Tuesday, June 5, 2012

Moist chocolate cake

resepi ni dapat dari kawan satu opis. tak sure dier ambik dari mana.

Bahan A

3 biji telur
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar nescafe

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan B digaul rata dan diayak)

cara-cara

1. pukul telur dan gula hingga kembang
2. masukkan minyak dan susu pekat , kacau rata
3.masukkan serbuk koko , nescafe, esen vanilla dan air panas. kalau hingga sebati
4.masukkan bahan B sedikit -sedikit.
5. masukkan  dalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah celcius  hingga masak (1 jam lebih kurang)

topping

chocolate bar
serbuk koko
susu pekat
air
tepung jagung
marjerin
campurkan semua dan masak secara double boil hingga pekat.masukkan marjerin last sekali

Lagi resepi (dapat dari internet)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum >hasue guna tepung hong kong
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:

  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:

  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
untuk resepi yang lain, boleh layari http://sue-hasue.blogspot.com/2011/04/resepi-super-moist-chocolate-cake-chef.html

Saturday, June 2, 2012

Kenduri kendara

Khamis , 24 Mei 2012 bertolak ke kelantan, siap tidur lagi kat atas puncak, jam 8.30 lebih kurang baru sampai kelantan. Sabtu , kenduri kat rumah abag ipar. Ahad selepas mengantar pengantin perempuan akan ke negeri sembilan (kuala pilah) dan Jumaat (1 jun 2012) satu lagi kenduri pulak , kat rumah kakak ipar. Gambar akan di upload nanti ya...